Ustazam’s Weblog

Posted by: ustazam on: September 26, 2009

kalendar

Posted by: ustazam on: April 7, 2009

Akhlak Rasullullah Saw

Posted by: ustazam on: Mac 1, 2009

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.” Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Ramadhan Kareem

Posted by: ustazam on: September 3, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramahan,

Allahu Akram, Ramadhan hadir lagi dalam kehidupan seorang muslim. Pandangan terhadap Ramadhan dan segala isinya terlalu subjektif. Ada yang beranggapan ramadhan itu sebagai pesta makan, bulan yang menyeksakan dan tidak kurang juga beranggapan waktu yang paling sesuai untuk berhenti merokok.

Hakikat Manusia 2

Posted by: ustazam on: Februari 15, 2008

Haiwan melata angkuh kerana nafsu untuk mendominasi antara satu sama lain. Manusia terkadang angkuh dengan ilmu, mampu menyebut nama-nama ulamak, nama-nama kitab menjadi sandaran buat ilusi hawa nafsu dalam menundukkan pemikiran manusia. Setakat menyebut tajuk pada kulit kitab dirasai memadai. Menyekat manusia berfikir dan mengkaji bimbang ada manusia yang menyedari kedudukan diri lantas tunduk dengan keesaan dan kekuasaan Allah.

Kita kadang-kadang terlupa hanya manusia yang tahu memilih makanan dan minuman yang lazat, membina tempat indah dan selesa disebabkan aqalnya, berbanding dengan haiwan yang menjalani hidup berasaskan naluri semulajadi semata-mata. Sering kali manusia tergelincir dari batas kemanusia an jatuh tarafnya seperti haiwan biasa, apabila mereka mengisihkan daya fikirnya dalam membentuk keperibadian yang unggul dan akhlak yang murni. Jika manusia ini terlalu tunduk kepada runtunan nafsu syahwatnya dan kehendak perutnya, beerti mereka masih mempunyai persamaan dengan binatang.

kepintaran manusia bukan sekadar mampu memilih makanan lazat dan tempat penginapan lebih dari itu mampu membezakan mana yang halal dan mana yang haram, apa lagi yang syubhah, maka jika ini tidak mampu dikendalikan manusia sudah tentu tiada bezanya dengan haiwan melata yang tiada batasan halal haram, mengampu sesiapa saja yang boleh memberi mereka makan tanpa pertimbangan waras.

Sesungguhnya syahwat dan perut banyak menjerumuskan manusia ke lembah kebinasaan. Teladan sejarah awal Adam dan Hawa mendapat kemurkaan Allah setelah terpedaya oleh Iblis yang mengeksploitasi keinginan dan naluri keduanya, sehingga terpaksa menerima risiko yang tinggi kehilangan hak kewargenagaraan syurga…… (bersambung)

Posted by: ustazam on: Januari 22, 2008

 

gomok.jpg

 

Pengajaran daripada perangkap tikus

Ada seekor tikus yang menginap disebuah hutan. Kerana kekurangan makanan disebabkan penerokaan tanah oleh manusia dan keadaan hidup yang terdedah kepada ancaman binatang pemangsa yang lain tikus ini terpaksa berpindah ke tempat yang baru sebuah rumah yang didiami oleh sepasang suami, isteri. Di sini tikus mudah mendapatkan makanan dari dapur rumah dan sisa makanan sehingga ia terlupa bahawa ia sudah memusnahkan banyak harta benda rumah yang menjadi kesayangan tuan rumah.

Pada suatu hari sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?” Baca baki entri ini »

Hukum Jenazah Bayi

Posted by: ustazam on: Januari 19, 2008

Soalan; Bayi yang gugur ketika berusia empat bulan di dalam kandungan, adakah wajib disolatkan?

Jawapan;

Soalan ini secara amnya berkait dengan hukum bayi yang keguguran; apakah wajib disolatkan atau tidak? Dalam hal ini terdapat hadis dari Rasulullah s.a.w. menegaskan;

السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
“Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).

Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212) Baca baki entri ini »

Tafsir Surah Al Ikhlas

Posted by: ustazam on: Januari 4, 2008

SURAH AL IKHLAS (Surah:112/Ayat 1-3)

Surah Ikhlas adalah surah Makkiyyah. Membincangkan tentang sifat-sifat Allah yang mulia, tinggi dan Esa. Menghimpunkan sifat-sifat kesempurnaan Tuhan Azza wa Jalla; Maha Kaya berbanding tiap-tiap apa yang selain daripadanya, membersihkannya dari kekurangan, dan dari penyerupaan, serta menolak ke atas orang-orang Nasara yang mengatakan tentang penigaan tuhan, dan juga penolakkan ke atas orang-orang musyrikin yang menjadikan bagi Allah keturunnan dan anak pinak.

Muaqaddimah

Surah Ikhlas adalah surah Makkiyyah. Membincangkan tentang sifat-sifat Allah yang mulia, tinggi dan Esa. Menghimpunkan sifat-sifat kesempurnaan Tuhan Azza wa Jalla; Maha Kaya berbanding tiap-tiap apa yang selain daripadanya, membersihkannya dari kekurangan, dan dari penyerupaan, serta menolak ke atas orang-orang Nasara yang mengatakan tentang penigaan tuhan, dan juga penolakkan ke atas orang-orang musyrikin yang menjadikan bagi Allah keturunnan dan anak pinak. Baca baki entri ini »

Tugas Mencegah Kemungkaran

Posted by: ustazam on: Disember 31, 2007

Ia adalah simbol kepada kewajipan dan kerja sama moral antara umat Islam sebagaimana zakat yang menjadi symbol kepada kerjasama kewangan antara mereka.

Sebuah hadis yang menggambarkan kerjasama moral ini dalam gambaran yang sangat mendalam, indah dan tepat, hadis tersebut diriwayatkan oleh imam al Bukhari dan selain beliau dari al Nu’man Ibn Basyir;

Maksudnya: “ Perumpamaan orang yang melaksanakan peraturan-peraturan Allah dan orang-orang yang melanggarnya seperti mana satu kumpulan manusia yang telah mengundi untuk menaikki sebuah bahtera. Sebahagian mereka menaiki ditingkat atas sementara sebahagian lain di bawah. Orang-orang yang berada di bawah jika memerlukan air mereka akan melalui orang-orang di atas seraya berkata “ Seandainya kami membuat satu lubang di bahagian kami nescaya kami tidak akan mengganggu orang yang berada di bahagian atas kami “. Baca baki entri ini »

Jambatan Di Atas Neraka

Posted by: ustazam on: Disember 30, 2007

Di dalam al Quran tidak dikemukan dengan jelas tentang adanya jambatan (ashsirath), iaitu jambatan yang sangat lembut dan licin serta tajam yang melintang di atas neraka menuju ke syurga. penjelasan tentang ini telah dihuraikan di dalam banyak hadis. manusia yang sudah mati daripada nabi Adam As sehingga manusia yang mati paling kemudian pasti akan melalui jambatan yang penuh dengan kegawatan dan menakutkan itu. Baca baki entri ini »