Posted by: ustazam on: November 26, 2007
Kita masih menutup mata dari cahaya Allah, sehingga idea thagut dan kafir berhasil memporak perandakan dan mencerai beraikan umat. kita enggan menempuh jalan Allah yang satu, lalu memilih simpan ke jurang binasa kita lupa firman Allah yang bermaksud;
” Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, sebab itu turutilah jalanku dan jangan kamu menuruti pelbagai jalan yang lain, sehingga mencerai beraikan kamu dari jalannya. Demikianlah Dia berwasiat kepadamu, agar kamu bertakwa.” (al An Am :153)
Masing-masing kelelahan kerana turuti hawa nafsu tiada sempadan. sedangkan kita mampu saling melengkapi dan menampung kekurangan yang ada. Hasilnya negara umat Islam yang kecil makin kecil dan lemah tenaganya.
Negara maju/barat saling bergabung mendirikan blok pertahanan, ekonomi, pendidikan dan kerjasama dibidang politik. ada negara Islam yang tidak segan silu bergabung dengan negara yang menjadi musuh Islam sejagat dan mereka terus diperkudakan untuk kepentingan barat.
Seharusnya kita manfaatkan kekuatan tenaga (manpower) kita sebagaimana disuarakan oleh Jamaluddin al Afghani kepada bangsa India dahulu. ” jika kekuatan jutaan kamu itu berupa lalat yang meraung-raung di telinga inggeris, tentu kamu akan berhasil memecahkan telinga mereka”.