Ustazam’s Weblog

At Tabari

Posted by: ustazam on: Disember 11, 2007

tabari.jpg

Beliau merupakan sasterawan dan ahli tafsir terkemuka kelahiran Tabaristan (Iran). Nama sebenar adalah Abu Ja’far Muhammad Bin Jarir at Tabari. Namun beliau popular dengan nama at Tabari atau Ibnu Jarir at Tabari. Dilahirkan pada tahun 225H/839M di Amul, Tabaristan (Iran). Daerah itu merupakan tempat berkembangnnya kebudayaan Islam. Namun, beliau lebih banyak habiskan masa usianya di Baghdad. Di sana, beliau pernah ditawarkan menjawat jawatan hakim, tetapi beliau menolaknya. Namun pemerintah tetap meminta beliau menjadi hakim untuk menangani kezaliman para pegawai kerajaan. Namun tetap menolak tawaran berkenaan. Ketika berusia 85 Tahun, beliau wafat di Baghdad, pada 310H/923M. Kitab tafsirnya yang paling masyhur ialah Jam-al Bayanti Tafsir al Quran atau Tafsir At Tabari. Kitab ini berorientasikan pada tafsir hokum (fikih). Kerana beliau juga terkenal sebagai seorang fuqaha terkemuka melalui karyanya Ikhtilaf al Fuqaha’ (perbezaan pendapat para ulama’). Sebahagian besar kehidupan at Tabari diisi dengan mengajar dan menulis. Salah seorang muridnya, ibnu Kamail, menjelaskan bagaimana gurunya membahagikan masa setiap hari. Pagi digunakan untuk menulis. Dalam sehari beliau sanggup menulis 40 halaman karya ilmiah. Petangnya,beliau mengajar al Quran dan Tafsir di masjid. Lalu selepas maghrib , beliau mengajar pelajaran fikh.

Karya - Kitab Tarikh ar Rasul wa al Muluk dianggap sebagai karya yang sangat besar. Oleh kerana itu, ulama’ dan ahli sejarah terkemudian menjadikan kitab berkenaan sebagai rujukan utama. Malah Ibnu Asir mengungkapkan dalam pendahuluan kitabnya (al Kamil fi at Tarikh) bahawa penulisan karyanya berasaskan inspirasi daripada karya at Tabari. Kitab at Tabari merupakan penyempurnaan kitab tafsir terdahulu.

Tinggalkan jawapan