Posted by: ustazam on: Disember 11, 2007
Firman Allah yang bermaksud;
” Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan jangan kamu mengikut hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling(dari hukum Allah) maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpa musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang fasik. Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan siapakah yang terlebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang meyakini? ” (al Maidah ayat 49-50)
Tatkala iman di hati maka pilihan hukum juga mesti bertepatan dengan naluri keimanan. Itulah dua hukum yang tiada ketiga untuknya, sama ada Islam atau Jahiliah. bagi mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul mereka tidak memiliki pilihan lain dalam urusan mereka. mereka memilih hukum Allah dan RasulNya, mereka bersama-sama Islam. Sebaliknya bagi golongan kafir mereka sentiasa berada dijalan Thagut dan mundar mandir di tebing jahiliah.
Kesimpulannya
Berhukum dengan apa yang diturunkan Allah adalah suatu kefarduan yang tidak boleh diengkari oleh mana-mana muslim. Ini bermakna kuasa membuat undang-undangyang boleh memerintah dan melarang , menghalal, dan mengharam serta memiliki autoriti untuk mewajibkan atau mentaklifkan keseluruhan makhluk bergantung kepada ” al Hakimiyyah Lillah” (kuasa perundangan milik Allah)
Konsep ini tidak beerti mengenepikan peranan manusia, malah manusia digesa agar mengadakan hukum dalam perkara -perkara yang tiada nas dinamakan “mantiqah -a-afwi” (kawasan yang sengaja ditinggalkan nas) kawasan ini amat luas dan merupakan rahmat Allah kepada manusia, disinilah aqal manusia berperanan bebas dan berijtihad dalam lingkungan nas dan prinsip syarak.