Ustazam’s Weblog

Jambatan Di Atas Neraka

Posted by: ustazam on: Disember 30, 2007

Di dalam al Quran tidak dikemukan dengan jelas tentang adanya jambatan (ashsirath), iaitu jambatan yang sangat lembut dan licin serta tajam yang melintang di atas neraka menuju ke syurga. penjelasan tentang ini telah dihuraikan di dalam banyak hadis. manusia yang sudah mati daripada nabi Adam As sehingga manusia yang mati paling kemudian pasti akan melalui jambatan yang penuh dengan kegawatan dan menakutkan itu. bagi mereka yang beramal soleh dan bertakwa tiada masalah dan dapat merentasinya dengan mudah. tetapi bagi mereka yang celaka dan dimurkai Allah pastinya akan kecundang bakal menghuni gaung api neraka yang penuh azab sengsara.

Daripada Abi Said AlKhudri meriwayatkan ” Ada khabar yang ku terima, bahawa jambatan (di Akhirat) itu lebih kecil daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang”. Adapun manusia yang melaluinya berbeda-beda, bagi mereka yang mukmin dan beramal soleh merentasinya seumpama kilat, ada yang semacam angin, seperti terbangnya burung dan ada yang kecundang dipertengahan.

Tinggalkan jawapan