Posted by: ustazam on: Disember 31, 2007
Ia adalah simbol kepada kewajipan dan kerja sama moral antara umat Islam sebagaimana zakat yang menjadi symbol kepada kerjasama kewangan antara mereka.
Sebuah hadis yang menggambarkan kerjasama moral ini dalam gambaran yang sangat mendalam, indah dan tepat, hadis tersebut diriwayatkan oleh imam al Bukhari dan selain beliau dari al Nu’man Ibn Basyir;
Maksudnya: “ Perumpamaan orang yang melaksanakan peraturan-peraturan Allah dan orang-orang yang melanggarnya seperti mana satu kumpulan manusia yang telah mengundi untuk menaikki sebuah bahtera. Sebahagian mereka menaiki ditingkat atas sementara sebahagian lain di bawah. Orang-orang yang berada di bawah jika memerlukan air mereka akan melalui orang-orang di atas seraya berkata “ Seandainya kami membuat satu lubang di bahagian kami nescaya kami tidak akan mengganggu orang yang berada di bahagian atas kami “. Jika orang-orang yang berada di atas itu membiarkan orang-orang di bawah tersebut melakukan apa yang mereka mahukan, nescaya mereka akan binasa kesemuanya. Tetapi jika mereka mencegahnya mereka akan terselamat dan kesemuanya akan terselamat …..”
Bencana paling buruk yang menimpa masyarakat kita hari ini ialah kelu lidah dan merasa gentar untuk menegur orang-orang yang melampaui batas, lantaran itu tidak dijelaskan kebenaran dan tidak dizahirkan dengan seruan dakwah, nasihat dan perintah serta larangan. Seterusnya runtuhlah segala seruan pembaikan, tersoroklah nilai-nilai kekuatan dan menjadi layulah pohon kebaikan. Sebaliknya kejahatan serta para pendokongnya menjadi berani untuk tampil dan menyebar. Lantas pasar kejahatan dibiayai dan larislah barang dagangan Iblis laknatullah serta para pengikutnya tanpa menghadapi sebarang tentangan atau sekatan.
Pada saat itu, masyarakat tersebut bakal mendapat balasan dan azab daripada Allah. Maka bencana dan musibah akan menimpa ke atas pelaku kemungkaran serta mereka yang membisu terhadap kejahatan dan kemungkaran yang hadir di sekeliling mereka.
Firman Allah SWT bermaksud: “ Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaannya”. (al-Anfal :25)
Sabda Rasullullah SAW : “ jika kamu melihat umatku pengecut dan tidak berkata kepada orang zalim;” Wahai si zalim” maka diucapkan selamat tinggal kepadanya “.
Jika wujudnya golongan pengecut ini yang berleluasa dalam masyarakat mereka ini bukan sahaja meruntuhkan maruah diri tetapi menjadi entity yang mematikan hati kemasyarakatan umat yang sudah sedia sakit setelah sekian lama membiasakan diri dengan kemungkaran serta mendiamkan diri terhadapnya. Lantaran itu masyarakat akan kehilangan sensitivity keagamaan dan akhlak . hilang kepekaan dalam membezakan antara yang baik dan keji, antara yang halal dan haram serta antara pertunjuk dan kesesatan. Pada saat itu akan hilanglah. Pada saat itu akan hilanglah keseimbangan dan kayu pengukur masyarakat. Lantas akan kelihatan dikala itu sunnah sebagai bidaah dan bidaah itu sebagai sunnah atau melihat apa yang dapat kita rasakan sekarang ini dikalangan kebanyakan umat Islam yang beranggapan beragama itu sebagai kemunduran, istiqamah itu sebagai kolot, kesopanan sebagai pasif, kejahatan sebagai suatu seni, kesesatan sebagai kebebasan, keruntuhan akhlak sebagai kemajuan, mengikut warisan salaf sebagai memusing jarum jam kebelakang dalam pemikiran… dengan kata lain kebaikan bertukar menjadi kejahatan dan kejahatan bertukar kebaikan. Tika inilah mereka yang jahat dihormati dan ditakuti tunggulah saat akhirnya dunia ini.