Posted by: ustazam on: Januari 4, 2008
SURAH AL IKHLAS (Surah:112/Ayat 1-3)
Surah Ikhlas adalah surah Makkiyyah. Membincangkan tentang sifat-sifat Allah yang mulia, tinggi dan Esa. Menghimpunkan sifat-sifat kesempurnaan Tuhan Azza wa Jalla; Maha Kaya berbanding tiap-tiap apa yang selain daripadanya, membersihkannya dari kekurangan, dan dari penyerupaan, serta menolak ke atas orang-orang Nasara yang mengatakan tentang penigaan tuhan, dan juga penolakkan ke atas orang-orang musyrikin yang menjadikan bagi Allah keturunnan dan anak pinak.
Muaqaddimah
Surah Ikhlas adalah surah Makkiyyah. Membincangkan tentang sifat-sifat Allah yang mulia, tinggi dan Esa. Menghimpunkan sifat-sifat kesempurnaan Tuhan Azza wa Jalla; Maha Kaya berbanding tiap-tiap apa yang selain daripadanya, membersihkannya dari kekurangan, dan dari penyerupaan, serta menolak ke atas orang-orang Nasara yang mengatakan tentang penigaan tuhan, dan juga penolakkan ke atas orang-orang musyrikin yang menjadikan bagi Allah keturunnan dan anak pinak.
Pengertian perkataan-perkataan penting dari surah
(الصـمـد), tuan. Maksudnya; di dalam menunaikan hajat.
(كفوا، الكفوءُ), sebanding atau setara.
Sebab Nuzul
Diriwayatkan bahawsanya sebahagian dari orang-orang musyrikin telah dating kepada Rasulullah sallahu alaihi wasallam, maka mereka berkata: Wahai Muhammad! Berikan kepada kami sifat-sifat Tuhan kamu. Adakah ianya dari emas, atau logam, atau perak atau dari batu permata atau? Maka turunlah…..(surah ini)…..
Tafsir
(1) قل هو الله أحد
Maksudnya; Katakanlah wahai Muhammad bagi orang-orang musyrikin yang suka mengejek-ngejek itu: “Sesungguhnya Tuhan yang sembah itu, dan yang aku serukan kamu agar dapat menyembahNya juga; Dia itu adalah Tuhan yang Esa dan tiada penyengutuan bagiNya. Tiada penyerupaan. Tiada pada zatNya. Tiada pada sifatNya. Tiada pada perbuatannya. Dia adalah Tuahn yang mulia lagi tinggi”.
Bukan sebagaimana yang dipercayai oleh Nasara dengan konsep pe`niga’an; iaitulah tuhan bapa, tuhan anak dan Roh al Qudus.
Bukan juga sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang musyrikin dengan konsep tuhan yang ramai bilanganNya.
Berkata pengarang kitab Tashil: Ketahuilah bahawasanya Allah menyifatkan diriNya dengan Esa, baginya 3 makna. Pertama; Bahawasanya Dia itu Esa dan tiada dua baginya, maka Dia menafikan sifat ramai atau berbilan-bilang. Kedua; adalah Dia itu Esa yang tiada penyerupaan atau perkongsian bagiNya. Ketiga; bahawasanay Dia itu Esa dan tida terbahagi-bahagi.
Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala telah menegakkan di dalam al-Quran hujjah-hujjah yang jelas di atas ke`Esa’anNya. Dan yang demikian itu, banyak jumlahnya. Dan yang paling terangnya adalah empat hujjah.
(1) Firman Allah;
أفمن يخلق كمن لا يخلق
“Apakah Yang menciptakan itu, sama dengan yang tidak menciptakan?”.
Apabila sabit Allah subhanahu wa ta’ala menciptakan seluruh yang ada di dalam ini, maka tidaklah benar jika satupun dari ciptaanNya itu dapat bersekutu denganNya.
(2) Firman Allah ta’ala;
لو كان فيهما الهة إلا الله لفسدتا
“Jika sekiranya adalah pada kedua-duanya (langit dan bumi) itu tuhan-tuhan selain Allah, nescaya binasalah”.
Ayat ini adalah dalil bahawa Allah swt itu bersifat Maha Bijaksana, sehingga layaklah Dia menjadi Hakim Agung dan juga dalil yang menunjukkan bahawa Allah swt itu menciptakan sesuatu tanpa contoh.
(3) Firman Allah ta’ala;
لو كان معه آلهة كما يقولون إذا لابتغوا إلى ذى العرش سبيلا
“Jika adalah bersamanya tuhan-tuhan lain sebagaimana yang mereka perkatakan, nescaya tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan-jalan ke `Arasy”.
Ayat ini adalah dalil bahawa Allah swt itu Yang Maha Berkuasa.
(4) Firman Allah ta’ala;
ما اتخذ الله من ولد و ما كان معه من إله
“ِTidak mengambil Allah swt itu akan anak dan tidak adalah bersamanya tuhan-tuhan yang lain”.
Ayat ini adalah dalil tentang ke`Maha Tinggi’an ketuhananNya.