Ustazam’s Weblog

Hakikat Manusia 2

Posted by: ustazam on: Februari 15, 2008

Haiwan melata angkuh kerana nafsu untuk mendominasi antara satu sama lain. Manusia terkadang angkuh dengan ilmu, mampu menyebut nama-nama ulamak, nama-nama kitab menjadi sandaran buat ilusi hawa nafsu dalam menundukkan pemikiran manusia. Setakat menyebut tajuk pada kulit kitab dirasai memadai. Menyekat manusia berfikir dan mengkaji bimbang ada manusia yang menyedari kedudukan diri lantas tunduk dengan keesaan dan kekuasaan Allah.

Kita kadang-kadang terlupa hanya manusia yang tahu memilih makanan dan minuman yang lazat, membina tempat indah dan selesa disebabkan aqalnya, berbanding dengan haiwan yang menjalani hidup berasaskan naluri semulajadi semata-mata. Sering kali manusia tergelincir dari batas kemanusia an jatuh tarafnya seperti haiwan biasa, apabila mereka mengisihkan daya fikirnya dalam membentuk keperibadian yang unggul dan akhlak yang murni. Jika manusia ini terlalu tunduk kepada runtunan nafsu syahwatnya dan kehendak perutnya, beerti mereka masih mempunyai persamaan dengan binatang.

kepintaran manusia bukan sekadar mampu memilih makanan lazat dan tempat penginapan lebih dari itu mampu membezakan mana yang halal dan mana yang haram, apa lagi yang syubhah, maka jika ini tidak mampu dikendalikan manusia sudah tentu tiada bezanya dengan haiwan melata yang tiada batasan halal haram, mengampu sesiapa saja yang boleh memberi mereka makan tanpa pertimbangan waras.

Sesungguhnya syahwat dan perut banyak menjerumuskan manusia ke lembah kebinasaan. Teladan sejarah awal Adam dan Hawa mendapat kemurkaan Allah setelah terpedaya oleh Iblis yang mengeksploitasi keinginan dan naluri keduanya, sehingga terpaksa menerima risiko yang tinggi kehilangan hak kewargenagaraan syurga…… (bersambung)

Tinggalkan jawapan