Ustazam’s Weblog

Hakikat Manusia

Hakikat sebenar ciptaan manusia yang mempunyai kaitan erat dengan Allah SWT iaitu selain unsur-unsur fizikal yang wujud dalam penciptaan manusia, terdapat juga unsur lain yang cukup penting iaitu unsur roh atau spiritual seperti yang disebut oleh Allah Taala dalam surah al Hijr ayat 29 bermaksud;

” Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan roh dari (ciptaan) -Ku, maka hendaklah kamu (Iblis) sujud kepadanya “.

Berdasarkan hakikat kejadian manusia, insan yang cemerlang ialah insan yang berupaya memahami hakikat penciptaan mereka serta menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan fizikal dan juga kerohanian mereka. Usaha untuk menyepadukan kedua-dua unsur asas ini akan membawa manusia itu kepada matlamat akhir iaitu memperolehi kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Satu kelebihan utama kepada manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT iaitu mereka diberi pancaindera untuk memahami dan mengerti hakikat kejadian dan diberi akal yang berupa keupayaan untuk memilih antara yang hak dan yang batil, sama ada kebahagiaan atau jalan kesengsaraan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.