Ustazam’s Weblog

Kewajipan Mengenal Allah

Perkara pertama yang perlu diketahui manusia yang waras ialah mengenal Allah Taala. Oleh yang demikian setiap manusia wajib berfikir dan mengenali penciptanya dengan menggunakan anugerah aqal serta pancaindera. mereka perlu berfikir akan kebenaran yang dibawa oleh nabi dan rasul utusan Allah.

Manusia akan berdosa, jika tidak menggunakan aqal fikiran untuk mengenali tuhan dan menilai kebenaran utusanNya yang terdiri daripada para nabi dan rasul, Allah SWT berfirman, surah yunus ayat 101 bermaksud;

” Katakanlah (wahai Muhammad) perhatikan dan fikirkanlah apa yang terdapat dilangit dan dibumi daripada segala kejadian yang menakjudkan, yang membuktikan kewujudan Allahyang maha esa dan kekuasaanNya, dalam pada itu segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala rasul (yang menyampaikan perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang yang tidak beriman”.

Begitulah terjadi sebagaimana sekumpulan daripada jin dan manusia dimasukkan ke neraka disebabkan mereka tidak berfikir untuk mencari kebenaran, khususnya dalam persoalan Aqidah. Golongan ini disifatkan Allah sebagai golongan yang terlebih hina daripada binatang. kerana kehidupan duniawi tidak menjadi jambatan untuk ke Akhirat tanpa aqal yang sentiasa berfikir akan kebesaran Allah dan lemahnya manusia ini.

Tinggalkan jawapan