Posted by: ustazam on: Disember 11, 2007
Firman Allah yang bermaksud;
” Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan jangan kamu mengikut hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling(dari hukum Allah) maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpa musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang fasik. Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan siapakah yang terlebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang meyakini? ” (al Maidah ayat 49-50)
Tatkala iman di hati maka pilihan hukum juga mesti bertepatan dengan naluri keimanan. Itulah dua hukum yang tiada ketiga untuknya, sama ada Islam atau Jahiliah. bagi mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul mereka tidak memiliki pilihan lain dalam urusan mereka. Baca baki entri ini »
Posted by: ustazam on: Disember 11, 2007
Beliau merupakan sasterawan dan ahli tafsir terkemuka kelahiran Tabaristan (Iran). Nama sebenar adalah Abu Ja’far Muhammad Bin Jarir at Tabari. Namun beliau popular dengan nama at Tabari atau Ibnu Jarir at Tabari. Dilahirkan pada tahun 225H/839M di Amul, Tabaristan (Iran). Daerah itu merupakan tempat berkembangnnya kebudayaan Islam. Baca baki entri ini »
Posted by: ustazam on: Disember 9, 2007
Abu A’la Al Maududi
Beliau merupakan ulamak dan pemikir Islam abad ke 20 yang sangat dihormati dan berpengaruh. Beliau terkenal dengan konsistensi pemikirannya melihat Islam sebagai sebuah sistem yang menyeluruh dan mesti diterapkan oleh umat Islam. Untuk merealisasikannya, al Maududi berpendapat apa bahawa kaum muslim mesti membentuk Negara Islam yang akan menjamin terlaksananya hokum-hukum Islam. Baca baki entri ini »
Posted by: ustazam on: Disember 1, 2007
Islam sebenarnya tidak memandang manusia ini sebagai individu, sebaliknya ia memandang sebagai sebuah masyarakat. Sebab itu kita melihat segala taklif berupa suruhan dan larangan syarak yang ajukan kepada manusia dalam bentuk kolektif ( “wahai orang-orang beriman “) al Quran tidak mendatangkan ungkapan sebagai ( “ Wahai orang yang beriman”). Ini adalah kerana taklif-taklif tersebut perlu kepada gandingan dan kerjasama dalam memikul serta melaksanakan . Dalam perkara ini tiada jurang yang memisahkan antara ibadat dan muamalat. Baca baki entri ini »
Posted by: ustazam on: November 26, 2007
Kita masih menutup mata dari cahaya Allah, sehingga idea thagut dan kafir berhasil memporak perandakan dan mencerai beraikan umat. kita enggan menempuh jalan Allah yang satu, lalu memilih simpan ke jurang binasa kita lupa firman Allah yang bermaksud;
” Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, sebab itu turutilah jalanku dan jangan kamu menuruti pelbagai jalan yang lain, sehingga mencerai beraikan kamu dari jalannya. Demikianlah Dia berwasiat kepadamu, agar kamu bertakwa.” (al An Am :153) Baca baki entri ini »